Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel ambil alih lintasan utama Gaza

    BAITULMAQDIS, 20 MEI – Bendera Israel telah berkibar di bahagian Gaza di penyeberangan Rafah selama dua minggu, tetapi ketidakpastian mengenai masa depan terminal bantuan utama itu menjadi masalah besar bagi Israel.

    Mesir enggan membuka semula bahagian perlintasannya selagi tentera Israel mengawal pihak Palestin, menyebabkan satu-satunya titik masuk yang sangat diperlukan bagi bantuan ke Gaza terus ditutup.

    Keadaan itu telah memburukkan lagi bencana kemanusiaan yang mengerikan bagi 2.4 juta penduduk di wilayah Palestin, dengan amaran berulang kali mengenai krisis kebuluran yang keterlaluan lebih tujuh bulan selepas perang Israel-Hamas.

    Penyeberangan Rafah, di sempadan selatan Gaza dengan Mesir, berfungsi sebagai lambang kawalan Hamas ke atas wilayah itu di mana kumpulan pejuang yang disokong Iran merampas kuasa pada 2007.

    Tetapi pada awal 7 Mei, tentera Israel menyelesaikan pengambilalihan pantas lintasan itu, yang mereka katakan sedang digunakan untuk tujuan pengganas.

    Sejak itu perlintasan tersebut telah ditutup dengan mengehadkan jumlah bantuan yang telah sampai ke Gaza.

    Sebelum kereta kebal Israel masuk, Hamas yang dinyatakan sebagai kumpulan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah mengutip cukai ke atas barangan yang melalui pintu masuk tersebut.

    Israel dan negara-negara lain juga mengesyaki bahawa penyeberangan Rafah itu telah digunakan untuk membawa senjata ke Semenanjung Gaza, terutamanya sejak Israel mengenakan sekatan ke atas wilayah itu apabila pejuang Hamas mengambil alih kuasa di sana. – AFP

    Tentera Israel berada dekat dengan kenderaan tentera berperisai berhampiran sempadan Israel-Gaza, di selatan Israel pada 8 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda