Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel, Palestin digesa kembalikan ketenangan

    WASHINGTON, 19 FEB – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, mengesahkan sokongan negara itu bagi mencapai penyelesaian dua negara, di rantau berkenaan dan meminta Israel dan Palestin mengembalikan ketenangan.

    Sokongan itu dibuat selepas Blinken menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas, secara berasingan semalam.

    Menurut jurucakap Jabatan Negara, Ned Price, Blinken menerusi perbualan dalam telefon mengatakan komitmen AS kepada penyelesaian dua negara yang dirundingkan dan penentangan terhadap dasar yang mengancam kemajuan rundingan.

    “Setiausaha menggariskan keperluan mendesak bagi rakyat Israel dan Palestin untuk mengambil langkah memulihkan ketenangan. Kami menentang sekeras-kerasnya tindakan sebelah pihak yang akan meningkatkan lagi ketegangan,” katanya.

    Mesej itu disusuli keputusan kerajaan baharu Israel memberikan kebenaran kepada beberapa pos petempatan di Tebing Barat yang diduduki. – AFP

    Gambar fail bertarikh 31 Januari 2023 menunjukkan Presiden Mahmud Abbas (kanan) dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berjabat tangan selepas rundingan di Ramallah di Tebing Barat. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda