Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu terpalit FAM tidak jejas Harimau Malaya

    SUBANG JAYA, 1 MEI – Penyerang sayap sensasi skuad kebangsaan Malaysia, Faisal Halim menyifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.

    Faisal yang diberi julukan ‘Mickey’ itu berkata ketika ini skuadnya hanya fokus meningkatkan prestasi sebagai pemain kebangsaan apatah lagi Harimau Malaya sebelum ini telah tewas dalam dua perlawanan menentang Oman pada Kelayakan Piala Dunia 2026/ Kelayakan Piala Asia 2027 Mac lalu.

    Pemain 26 tahun itu turut menyifatkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon merupakan pengendali terbaik selain berpendapat Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah menjalankan tanggungjawab terbaik buat pasukan negara.

    “Pada saya, saya tak boleh cakap apa-apa (mengenai isu) sebab itu pihak atasan, kami sebagai pemain diberi peluang bermain kami bermain.

    “Apa yang saya boleh kata jurulatih Pan Gon terbaik, Hamidin jalankan tanggungjawab yang terbaik dalam FAM tapi biasalah kalau kita kalah benda ini terjadi kalau menang tiada isu,” katanya pada sidang media pada Majlis Pelancaran jenama Faisal Halim (FH7) di Pasaraya Aeon BiG hari ini.

    Baru-baru ini timbul isu penyebaran ‘surat layang’ baru-yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan badan induk itu sekali gus mendapat gesaan supaya Hamidin meletakkan jawatan selepas enam tahun menerajui badan induk itu.

    Mac lepas, anak buah Pan Gon gagal menyaingi kehebatan Oman yang menyaksikan Malaysia mengalami dua kekalahan 0-2 berturut-turut di Muscat pada 21 Mac diikuti di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 26 Mac. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda