Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isyariana lebar sayap lakonan, nyanyian ke Indonesia

    Lebih dikenali sebagai pelakon, Isyariana Che Azmi, 33, tidak takut sekiranya ramai lupa akan dirinya bermula sebagai penyanyi.

    Bintang kelahiran program realiti, Akademi Fantasia (AF) 2016 itu mengakui, rezekinya lebih ke arah bidang lakonan berbanding nyanyian.

    Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 itu berkata, dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian, cuma tawaran lakonan lebih banyak diterima.

    “Sekarang rezeki saya lebih banyak dalam bidang lakonan. Saya memang takkan lepaskan peluang, mana yang saya dapat, saya tengok skrip dan terima jika sesuai.

    “Pada masa sama, saya ambil kelas vokal bersama Amylea Azizan untuk memperbaiki mutu nyanyian. Ada masa saya selit juga terima undangan persembahan, jadi saya masih lagi menyanyi.

    Isyariana mahu mengeluarkan single kedua dengan menggunakan khidmat komposer Indonesia. – Utusan Malaysia

    “Ramai anggap saya berlakon. Ada tak percaya bila saya cerita latar belakang bermula sebagai penyanyi.

    “Tapi, saya tak takut orang lupa, sebab bila saya berlakon, ia membuka peluang saya dalam bidang nyanyian juga,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Saka Perawan arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

    Mengulas perancangan mengeluarkan single baharu, Isyariana berkata, dia mahu mengeluarkan single kedua dengan menggunakan khidmat komposer Indonesia.

    “Ada komposer dari Indonesia berikan saya lagu ciptaannya, tapi ia masih dalam perbincangan,” katanya yang juga ada menyanyikan runut bunyi bagi telefilem berjudul Walimatul Tak Urus.

    Sehubungan itu, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu juga menceritakan perancangan dan minat melebarkan sayap seni ke Indonesia.

    Isyariana berkata, dia ada menerima tawaran berlakon filem bersama pengarah dari negeri seberang dan teruja mahu menjayakannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda