Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Penerangan adakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Sempena memperingati penubuhannya yang ke-72, Jabatan Penerangan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, kelmarin.

    Majlis berkenaan khusus Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di JPM, para pegawai dan pengamal perhubungan awam dari kementerian-kementerian serta pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba, Awang Mohamad Adham bin Hashim.

    Mencapai usia 72 tahun, Jabatan Penerangan masih kekal relevan melaksanakan peranannya dalam membarigakan inisiatif-inisiatif semasa.

    Dalam jangka masa itu, jabatan tersebut juga secara berterusan melaksanakan strategi kerjanya melalui liputan-liputan berita, program, bahan-bahan terbitan dan perkhidmatan media yang disediakan selaras dengan peredaran zaman.

    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda