Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Jabatan Perhutanan Sabah yakin sasar tanam semula 40 juta pokok

    SANDAKAN, 21 MAC – Jabatan Perhutanan Sabah yakin sasaran penanaman pokok sebanyak 40 juta di seluruh negeri, akan dapat dicapai menjelang 2025.

    Ketua Konservator Hutan Negeri Sabah, Datuk Frederick Kugan berkata sehingga kini, sebanyak 12 juta telah ditanam semula sejak usaha itu digerakkan pada 2021.

    “Khazanah hutan boleh memainkan peranan yang penting kepada kesihatan masyarakat umum.

    “Di Jabatan Perhutanan Negeri, telah ditanam 200 jenis pokok dan apa yang hendak ditunjukkan di sini ialah hutan boleh dipulihkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Jabatan Perhutanan Sabah, hari ini.

    Kugan turut memberitahu sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri pula, akan diadakan di Pusat Penemuan Hutan Hujan, Sepilok dekat sini dan dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 27 April depan.

    Pada majlis hari ini, Kugan turut merasmikan jejak hutan khazanah Jabatan Perhutanan, yang dinamakan Kugan Trail sempena nama Ketua Konservator Hutan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -