Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Pilihan raya Thailand diadakan 14 Mei

    BANGKOK, 21 MAC – Pihak berkuasa mengesahkan hari ini bahawa pilihan raya umum Thailand akan diadakan pada 14 Mei, ketika Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha yang sedang bertelagah cuba melanjutkan hampir sedekad pemerintahan yang disokong tentera.

    Bekas ketua tentera Prayut, yang berkuasa dalam rampasan kuasa pada 2014, berdepan saingan sengit daripada parti pembangkang utama, yang dipimpin oleh anak perempuan jutawan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

    Parti Pheu Thai dari Paetongtarn Shinawatra sedang mendahului dalam tinjauan pilihan raya tetapi mungkin sukar untuk mendapatkan jawatan perdana menteri kerana perlembagaan 2017 yang ditulis junta Thailand memihak kepada calon yang disokong tentera.

    Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan bahawa pengundian akan dibuat pada 14 Mei, dengan undi awal dibuat pada 7 Mei.

    Pengumuman itu dibuat sehari selepas Prayut membubarkan dewan rendah parlimen, ia merupakan langkah rasmi untuk mengadakan pilihan raya.

    Kempen tidak rasmi berlangsung selama berminggu-minggu, dengan parti-parti memfokuskan kepada isu ekonomi sambil mendapatkan sokongan 52 juta pengundi Thailand.

    Dalam tinjauan pendapat yang diterbitkan Ahad, hampir 50 peratus daripada 2,000 responden berkata mereka akan mengundi Pheu Thai, dengan parti United Thai Nation pimpinan Prayut sekitar 12 peratus.

    Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha bercakap kepada akhbar selepas mempengerusikan Jawatankuasa Dasar dan Pentadbiran Beras Negara di Rumah Kerajaan di Bangkok. – AFP

    Prayut Chan-O-Cha dilihat cuba melanjutkan pemerintahannya yang disokong oleh tentera dan pihak berkuasa kelmarin mengesahkan bahawa pilihan raya umum bakal diadakan pada 14 Mei nanti. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...