Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun lantik duta baharu ke AS, China, Rusia

    TOKYO, 24 OKT – Kerajaan Jepun hari ini melantik duta baharu, masing-masing ke Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia dan wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), berkuat kuasa serta-merta, lapor Sputnik.

    Shigeo Yamada, 59, bekas Timbalan Menteri Luar Kanan bagi Hal Ehwal Politik akan menggantikan Koji Tomita sebagai duta ke Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Kyodo.

    Akira Muto, 63, bekas ketua Institut Latihan Perkhidmatan Luar Kementerian Luar dilantik sebagai duta baharu ke Rusia menggantikan Toyohisa Kozuki.

    Agensi berita itu melaporkan ia merupakan pelantikan pertama bertaraf duta ke Rusia dalam tempoh lapan tahun.

    Kenji Kanasugi, 64, bekas duta ke Indonesia akan mengambil alih tugas Hideo Tarumi sebagai Duta Jepun ke China.

    Kazuyuki Yamazaki, 62, pula dilantik sebagai duta ke PBB, menurut Kyodo. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda