Monday, September 30, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jihan Muse mohon maaf

    Pengacara Jihan Muse tampil membuat permohonan maaf susulan ketelanjuran kata-kata terhadap penyanyi Azmi Saat ketika mengendalikan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu.

    Kesal dengan tindakannya itu, Jihan atau Nur Jihan Musa, 40, berkata dia sudah menghubungi Azmi sehari selepas ASGV minggu keempat bersiaran.

    Malah, Jihan memberitahu dia sama sekali tidak berniat untuk menghina atau mempermainkan isu nama bapa penyanyi itu.

    “Saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan dia (Azmi) pada Isnin lalu. Tiada niat saya untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang dikatakan.

    “Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan gurauan tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun,” katanya.

    Menurut mStar, Jihan menulis luahan tersebut dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya pada Rabu.

    Sebelum ini, gurauan Jihan berkaitan nama ‘Saat’ menjadi bualan dalam kalangan warganet kerana dianggap mempersendakan bapa kepada Azmi.

    Selain itu, soalan Jihan kepada Azmi tentang bagaimana dia hadir ke Auditorium MBSA juga dianggap tidak sesuai memandangkan penyanyi itu merupakan orang kurang upaya.

    Dalam pada itu, Jihan menganggap segala teguran yang diterima adalah satu pengajaran agar dia lebih berhati-hati ketika mengendalikan ASGV.

    “Ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran.

    “Diharapkan perkara ini tidak akan berulang lagi daripada saya atau sesiapa sahaja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan.

    “Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini,” ujarnya. – mStar

    Jihan akui keterlanjuran kata-kata ketika mengendalikan ASGV. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda