Monday, September 23, 2024
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    JKA anjur majlis khatam sempena Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Jurai Keturunan Ahmad (JKA) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 hari ini.

    Hadir selaku tetamu khas majlis adalah Dato Seri Setia Haji Mohd Zaimi bin Haji Awang Talip yang juga mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai bagi memulakan majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pegiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang.

    Seramai 60 peserta telah menyertai majlis berkenaan yang dianjurkan buat kali ketiga yang juga  merupakan salah satu program keagamaan tahunan anjuran ahli keluarga JKA.

    Bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai yang bermula dari Surah Adh-Dhuha sehingga Surah An-Nas dipimpin oleh Awang Ahmad Hazazi bin Haji Jamil yang juga turut memimpin bacaan Takhtim dan seterusnya membaca Doa Khatam.

    Majlis diserikan dengan laungan Dikir Marhaban yang dikepalai oleh Haji Awang Jasni bin Haji Awang Abdul Latif dan diikuti Selawat Tafrijiyyah.

    Manakala bacaan Doa kesyukuran Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Awang Ahmad Hazazi.

     Gambar ramai peserta majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda