Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jokic pimpin Nuggets mengatasi heat

    LOS ANGELES, 14 FEB – Nikola Jokic (gambar-AP) hampir terlepas triple-double ke-21 musim ini ketika Denver Nuggets menewaskan Miami Heat 112-108, kelmarin.

    Pemain terbaik NBA dua kali, Jokic menamatkan perlawanan dengan 27 mata, 12 rebound dan lapan assist ketika Denver mengukuhkan kedudukan di Western Conference kepada lima perlawanan.

    Denver ketinggalan sembilan mata selepas suku pertama tetapi bangkit pada suku kedua untuk mengatasi Miami 38-26 dengan mendahului 65-62.

    Nuggets mengekalkan kelebihan semasa babak separuh masa kedua walaupun Miami mendapat tiga mata pada minit akhir, Denver terus bertahan untuk meraih kemenangan.

    Ketika Jokic mendahului jaringan, tujuh pemain Denver turut menyumbang jaringan dua angka dan berkongsi 34 assist antara mereka.

    Nikola Jokic (15) ketika separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA menentang Miami Heats di Miami. – AP

    Michael Porter Jr menjaringkan 17 mata manakala Bruce Brown berjaya menjaringkan 16 mata. Jimmy Butler mengetuai penjaring Miami dengan 24 mata, 10 rebound dan sembilan assist manakala Max Strus menjaringkan 23 mata dan Bam Adebayo meraih 19 mata.

    Dalam perlawanan lain, Los Angeles Lakers yang tanpa LeBron James tewas di tangan Portland Trail Blazers yang diketuai oleh Damian Lillard yang menjaringkan 40 mata.

    James, yang mengalami kecederaan buku lali, tidak bermain sejak memecahkan rekod Kareem Abdul-Jabbar sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa NBA minggu lalu.

    Ketiadaan James terlalu jelas apabila Lakers dibelasah oleh Portland, yang mendahului dengan 27 mata pada satu peringkat ketika mereka menang 127-115.

    Persembahan 40 mata Lillard termasuk lapan jaringan tiga mata dalam rembatan 13-23.
    Portland memperbaiki rekod mereka 28-29 selepas kemenangan dan berada di luar tempat bermain di tempat ke-11 di Barat. Lakers jatuh kepada 26-32 dan berada di tangga ketiga dari terbawah kedudukan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda