Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Kementerian Kesihatan terus mengalu-alukan orang ramai di negara ini bagi membantu Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, yang masih memerlukan semua kumpulan darah bagi keperluan para pesakit renal.

    Orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah berkunjung terus ke tabung darah hospital berkenaan bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Dalam pada itu, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan juga akan meneruskan perlaksanaan kempen-kempen derma darah sekitar minggu depan.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, pada 20 Februari, kempen akan diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Perpindahan Lambak Kanan anjuran DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Pada 21 Februari, kempen akan diadakan di Pusat Beli-belah One City, Kampung Sungai Akar anjuran One City Shopping Management bermula 10 pagi hingga 2 petang.

    Sementara itu, kempen akan diteruskan lagi di Bilik Pameran Maju Motors, Jalan Telanai anjuran Maju Motors Sdn Bhd pada 22 Februari bermula dari 10 pagi hingga 2 petang.

    Pada 25 Februari pula, kempen derma darah akan dijalankan di Kafe Tranquility, Kiarong anjuran kafe berkenaan sekitar 10 pagi hingga 2 petang.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen derma darah berkenaan adalah sangat digalakkan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda