Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Orang ramai diseru tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di negara ini dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan.

    Sehubungan dengan itu, bermula esok, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai kempen derma darah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-40 (HK40) bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari, manakala pada 6 Mac di Aras Bawah, Pusat Membeli-belah Kompleks Annajat, Beribi bermula 10 pagi hingga 2:30 petang serta pada 7 Mac di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Jalan Sultan anjuran Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait sempena Sambutan HK40 bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong juga akan mengadakan kempen derma darah pada 10 Mac di Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba,
    Kampung Senukoh, Temburong anjuran Majlis Perundingan Kampung Senukoh bermula pada 8 pagi hingga 12 tengah hari.

    Orang ramai dialu-alukan menderma darah untuk sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di Negara Brunei Darussalam.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda