Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jordan mahu pamer semangat juang tinggi

    DOHA, 9 FEB – Jordan akan bermain dengan ‘sepenuh hati dan jiwa’ apabila mereka menentang tuan rumah dan juara bertahan, Qatar pada final Piala Asia esok, kata pemain pertahanan, Salem Al-Ajalin.

    Jordan akan bertanding dalam final pertama mereka sebagai pasukan bukan pilihan di hadapan penonton setia di Stadium Lusail yang berkapasiti 88,000 di Doha.

    Jordan, yang menduduki tempat ke-87 dalam ranking FIFA berbanding Qatar yang berada pada kedudukan ke-58, akan disorak oleh sejumlah kecil kumpulan penyokong yang lantang untuk perlawanan terbesar dalam sejarah negara itu.

    Ahli-ahli keluarga para pemain telah diterbangkan dan Ajalin berkata itu akan membantu merangsang pasukan ketika mereka ingin melakukan satu lagi kejutan, setelah mengalahkan Korea Selatan 2-0 dalam separuh akhir.

    “Kami bermain dengan sepenuh hati dan jiwa, kami bersatu,” kata Ajalin yang berusia 35 tahun, hari ini.

    Barisan kesebelasan utama Jordan semasa perlawanan suku akhir Piala Asia AFC Qatar 2023 di Stadium Ahmad Bin Ali di Al-Rayyan, barat Doha pada 2 Februari 2024. – AFP

    “Melangkah ke perlawanan akhir adalah satu pencapaian untuk semua orang dan adalah sangat menggembirakan untuk mempunyai keluarga kami bersama kami dan hadir sebagai penonton.”

    Ajalin berkata, semangat perpaduan itu adalah salah satu sebab utama kejayaan mengejut Jordan.

    “Bagi kami sebagai pemain, kami bekerja dalam satu sistem dari penjaga gol hingga ke bahagian serangan. Kami semua bekerja sebagai satu unit.”

    Jurulatih Jordan dari Maghribi, Hussein Ammouta berkata beliau akan mempunyai barisan penuh untuk dipilih, termasuk penyerang Yazan Al-Naimat dan Mousa Al-Tamari, yang bersama-sama memberikan ancaman kepada pertahanan Korea.

    “Semua pemain bersedia untuk itu,” kata Ammouta, sambil menambah ‘perlawanan tersebut akan menjadi perlawanan teknikal dan bukannya fizikal’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda