Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Kadar tol Terusan Suez dinaikkan 2023

    KAHERAH, 18 SEPT – Kadar tol transit Terusan Suez akan meningkat sebanyak 15 peratus bagi semua jenis kapal dan 10 peratus bagi kapal pukal kering dan kapal persiaran mulai tahun depan, umum Penguasa Terusan Suez (SCA) dalam satu kenyataan pada Sabtu.

    Pihak berkuasa berkata kenaikan harga tenaga, kadar pengangkutan dan kadar sewa harian untuk kapal, yang dijangkakan berterusan tahun depan, menjadi sebab utama untuk menaikkan tol transit di sepanjang terusan penting yang menghubungkan Laut Mediterranean ke Laut Merah itu, lapor Xinhua.

    “Kenaikan (tol) tidak dapat dielak dan perlu dilaksanakan berikutan inflasi global semasa, yang memberi kesan kepada peningkatan kos operasi dan kos perkhidmatan pelayaran yang disediakan di terusan itu,” kata Pengerusi SCA Ossama Rabiee. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...