Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan empat orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Kampong Ayer, untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Fatoni Azhari, 41, dengan nombor pasport, C830734.

    Sementara, laporan mengenai tiga lagi pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Edi Siswoyo, 38, dengan pasport, C8302714; Catur Tri Winarko, 34, dengan pasport, C8302717 dan Thomas Adi Apriyanto, 26, dengan pasport, C8302718 telah dibuat di Balai Polis Sungai Liang.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Kampong Ayer melalui talian 2202114 dan Balai Polis Sungai Liang melalui talian 3230250, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    DARI KIRI: FAtoni Azhari, Edi Siswoyo, Thomas Adi Apriyanto, Catur Tri Winarko.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...