Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina (TBC), Kafe Magnum di Citis Square, Berakas, menampilkan promosi aiskrim The Make-my-Magnum.
Ais krim yang dibuat khas untuk Sambutan TBC dengan pelbagai topping lazat seperti ‘peanut cookies’, ‘rice cookies’,’ pumpkin seeds’, ‘Mandarin orange’ dan ‘Red Velvet crumbs’.
Promosi berkenaan kini boleh didapati dari jam 10 pagi sehingga 10 malam sehingga 11 Februari ini.