Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kawalan keselamatan di lapangan terbang ditingkatkan

    SEPANG, 15 APRIL – Beberapa langkah penambahbaikan akan diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan lapangan terbang dan kecekapan anggota polis termasuk penggunaan skuter elektrik, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

    Beliau berkata penggunaan skuter elektrik atau self-control scooter telah dirancang pada awal tahun ini dan kerajaan Selangor bersetuju untuk membeli peralatan berkenaan untuk kegunaan polis Selangor.

    “Kita akan dapat (skuter) dalam masa terdekat. Bila ada skuter ini, lebih cepat respons polis dan lebih luas (kawasan) rondaan dalam masa singkat. Ini adalah satu daripada kaedah pihak polis akan guna pakai nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah KLIA, di sini hari ini.

    Menurut Hussein, pihaknya juga mencadangkan agar pihak lapangan terbang mengadakan pengimbas agar pengesanan awal dapat dilakukan terutama terhadap orang awam yang membawa barangan terlarang seperti mercun dan senjata api.

    Beliau berkata orang awam boleh masuk ke kawasan lapangan terbang tanpa kawalan ketat berbanding di negara lain yang perlu melalui mesin pengimbas terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki kawasan lapangan terbang.

    “Kalau orang bawa mercun masuk lapangan terbang kita tak boleh tahan sebab itu tempat awam. Di lapangan terbang ada kawasan larangan (airside) dan kawasan terbuka (landside).

    “Jadi mungkin di situ kena ketatkan supaya orang tidak bawa barang terlarang yang bahayakan orang awam dan mereka ke lapangan terbang terancam,” katanya.

    Hussein berkata tahap keselamatan di lapangan terbang juga akan disemak semula supaya insiden seperti kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 baru-baru ini dapat dicegah lebih awal. – Bernama

    Datuk Hussein Omar Khan berkata kawalan keselamatan di lapangan terbang akan ditingkatkan, termasuk dengan penggunaan skuter elektrik. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...