Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBku Ceria kembali meriah

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 29 OKT – Penduduk dari kawasan sekitar Daerah Kuala Belait mengakhiri bulan Oktober mereka dengan penuh kegembiraan apabila KBku Ceria kembali semula pada hujung minggu.

    Dianjurkan oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, KBKu Ceria yang berlangsung selama dua hari pada bulan ini menyaksikan beberapa acara dan aktiviti diadakan di sepanjang Jalan Sungai, Kuala Belait di hadapan Menara Cendera Kenangan serta di kawasan sekitar Tudong Saji.

    Ini termasuk aktiviti berjalan malam dan malam wayang yang diadakan malam kelmarin, dengan acara pada hari ini diteruskan dengan aktiviti kayuhan santai yang menyaksikan penunggang basikal mengayuh melalui lokasi yang indah merentasi pekan Belait dalam laluan sejauh 24 kilometer (km).

    Acara kemuncak lain KBKu Ceria termasuk pertandingan Lelaki dan Wanita Terkuat anjuran DX Gym dengan kerjasama Persatuan Orang Kuat Negara Brunei Darussalam dan Chainblock.

    Pertandingan tersebut menyaksikan peserta beradu kekuatan antara satu sama lain dalam beberapa siri cabaran fizikal seperti Tyre Flip, Farmers Walk, Yoke Walk dan Arm to Arm Car Pulling dalam tiga kategori iaitu Terbuka Lelaki, Novis Lelaki dan Novis Wanita.

    Sementara itu, KBKu Ceria juga diserikan dengan penyertaan vendor yang menyediakan permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

    Aktiviti kayuhan santai yang diadakan kelmarin di sepanjang Jalan Sungai, Kuala Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda