Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keindahan bunga paling unik tarik pengunjung taman botani

    BELGIUM, 23 MEI – Pengunjung di taman botani Belgium sedang merakamkan gambar salah satu tumbuhan yang paling unik dan paling busuk di dunia yang sedang berkembang mekar sekarang.

    Mencecah ketinggian lebih daripada dua meter, Titan arum merupakan tarikan utama Taman Botani Meise di luar Brussels.

    Tumbuhan itu, menyerupai spesies trifid, lebih dikenali sebagai ‘Titan’s penis’ disebabkan bentuknya yang menyerupai kemaluan lelaki, digambarkan dengan nama saintifiknya, Amorphophallus titanum.

    Untuk menambah lagi daya tarikannya, ia juga berbau seperti daging busuk, yang memberikan nama lain yang dikenali sebagai ‘bunga mayat.’

    Bau itu ‘seperti sampah yang dibiarkan terlalu lama di bawah sinaran cahaya matahari’ adalah untuk memikat serangga untuk membantu pendebungaan, beritahu
    jurucakap taman itu, Manon Van Hoye kepada AFP.

    Titan arum hanya bertahan sekitar 72 jam. – AFP

    Berasal dari hutan hujan di pulau Sumatera Indonesia, titan arum jarang berbunga pada selang waktu antara tiga dan tujuh tahun.

    Dan bunga yang berkembang besar itu hanya bertahan sekitar 72 jam.

    “Ia sungguh cantik, saya tidak tahu ia sebesar itu,” kata pelawat Carine Kurris.

    Van Hoye berkata dia agak terharu melihat tumbuhan itu mendedahkan keindahan sepenuhnya.

    “Bentuknya bersifat seni bina, saya suka warnanya dan saya juga suka cerita di sebaliknya, bahawa ia adalah spesies terancam dan ia dilindungi,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda