Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem. Pertahanan anjur majlis khatam

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Sempena bulan suci Ramadan 1445 Hijrah, Kementerian Pertahanan melalui Program Ihya dan Jangkauan Ramadan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran kali ketiga di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, kelmarin.

    Acara serupa juga diadakan secara serentak di semua surau di garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

    Hadir di Surau Al-Barakah bagi majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Pemerintah ABDB; Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin; pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pemangku pemerintah angkatan bersama, peringkat kepimpinan dan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.

    Majlis berkenaan merupakan penutup bagi pelbagai aktiviti bermakna anjuran Kementerian Pertahanan di sepanjang bulan suci Ramadan, termasuk tadarus Al-Quran, solat-solat fardu berjemaah dan solat-solat Sunat Tarawih dan Witir, penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan golongan-golongan tertentu, kempen membersihkan kubur serta mengadakan ceramah-ceramah keagamaan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir bersama tetamu lain pada majlis yang berlangsung di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda