Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemenangan ke atas Empoli lanjutkan pendahuluan Inter

    ROM, 2 APRIL – Inter Milan menjadi pasukan kedua dalam sejarah Serie A yang menjaringkan gol dalam 30 perlawanan pertama musim ini apabila menewaskan Empoli 2-0 dan semakin menghampiri kejuaraan, kelmarin.

    Hanya Juventus dalam kempen 2013-14 menjaringkan gol dalam 30 perlawanan pertamanya. Dalam lima liga besar Eropah musim ini, tiada pasukan lain yang menyamai pencapaian Inter.

    Inter mendahului 14 mata di tangga kedua AC Milan. Ada lapan pusingan lagi.

    Empoli tewas tiga perlawanan terakhirnya dengan 1-0 dan ketinggalan satu gol selepas hanya lima minit apabila Federico Dimarco melakukan hantaran lintang Alessandro Bastoni.

    Inter mendahului sepanjang perlawanan tetapi ia tidak dapat menggandakan kelebihannya sehingga minit ke-82.

    Alexis Sanchez, yang menggantikan Bastoni, mendapat penyudah paling mudah selepas kerja baik di sebelah kanan oleh Denzel Dumfries.

    Empoli kekal di tempat ketiga tercorot dan dalam masalah penyingkiran yang serius. – AP

    Pemain Inter Milan, Alexis Sanchez (kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukannya semasa perlawanan Serie A antara Inter Milan dan Empoli di Stadium San Siro, di Milan, Itali, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda