Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemenangan MS ABDB rancakkan BFL

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Kemenangan pasukan MS ABDB ke atas pasukan BIBD SRC dengan jaringan 5-1 merancakkan lagi persaingan carta Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 yang baru memasuki minggu kedua.

    Sebelum melepaskan rasa lega dengan kejayaan meraih setelah tiga mata penuh, pasukan MS ABDB terpaksa berusaha keras selepas menerima saingan sengit daripada pasukan BIBD SRC yang bijak menghalang serangan-serangan pantas.

    Malah penjaga gol, BIBD SRC, Mohammad Iman Zulhakim bertindak cemerlang mengawal gawang daripada dibolosi di babak separuh masa yang pertama.

    “Kami mengubah taktik perlawanan dan ternyata ia sangat berkesan dengan kejayaan membolosi gawang pasukan BIBD SRC. Beberapa gerakan serangan juga berjaya merapuhkan harapan pasukan lawan,” jelas Pengurus Pasukan MS ABDB yang juga mengakui dan memuji pasukan BIBD SRC yang telah beraksi begitu baik sekali dan mampu menghalang gerakan-gerakan sehingga kedudukan tanpa jaringan dibabak pertama.

    Jaringan MS ABDB diperolehi menerusi SLD Muhammad Abdul Zulfadli bin Abdullah pada minit ke-23 dan SJN (U) Muhammad Zairul Hazmin bin Muhamad memperolehi jaringan pada minit ke-28.

    Dua jaringan oleh LS Muhammad Khairul Saifuddin bin Haji Zulkifli pada minit ke-31 dan ke-33, menyuntikkan lagi semangat rakan sepasukannya dan akhirnya rembatan kencang jarak jauh oleh LSM Awang Abdul Malik bin Yunos di minit yang ke-39 melengkapi malam pesta jaringan oleh pasukan MS ABDB. Pasukan BIBD SRC memperolehi jaringan sagu hati menerusi Pengiran Anaqi Sufi bin Pengiran Omar Baki pada minit ke-35.

    Di sebalik kekalahan 5-1 kepada pasukan MS ABDB, pengurus pasukan BIBD SRC, Haji Mohd Fadhil Fahmi tetap memuji mutu persembahan mantap yang ditayangkan oleh anak buahnya yang mampu mengekang asakan pihak lawan.

    Pasukan MS ABDB yang berjaya menewaskan pasukan BIBD SRC – Gambar serahan BFL.
    Antara aksi antara pasukan MS ABDB dan BIBD SRC dalam saingan BFL berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda