Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Thailand ikrar kawal masalah pencemaran udara

    BANGKOK, 20 OKT – Pegawai Thailand hari ini berjanji untuk bertindak menangani masalah peningkatan pencemaran udara yang berlaku sebelum kemuncak biasa jerebu bermusim, tetapi aktivis alam sekitar menuduh pihak berkuasa punca udara panas.

    Bangkok disenaraikan sebagai bandar ke-10 paling tercemar di dunia, hari ini, menurut firma pemantauan kualiti udara, IQAir.

    Pegawai kerajaan berkata peningkatan mendadak tersebut sebahagian besarnya disebabkan oleh keadaan atmosfera, dengan zarah halus berkumpul disebabkan oleh udara yang lebih sejuk, tekanan udara yang tinggi dan cuaca kering.

    Lonjakan PM2.5, iaitu zarah yang sangat halus yang boleh memasuki saluran darah, mendorong kerajaan untuk memberi amaran kepada golongan yang terdedah.

    “Kualiti udara dan keselamatan merupakan keutamaan yang penting,” tegas kerajaan melalui satu kenyataan.

    Pegawai berjanji untuk ‘meningkatkan keadaan pencegahan PM2.5, seperti mengehadkan kawasan di mana orang ramai boleh membakar tanaman, membuat peraturan antara sektor awam dan swasta, meningkatkan titik pemantauan dan mengadakan rundingan dengan sektor berkaitan mengenai pencemaran rentas sempadan’.

    Walau bagaimanapun, kumpulan alam sekitar menuduh kerajaan tidak mengendahkan penyumbang utama kepada masalah itu iaitu industri.

    “Kita perlu memberikan pembalut di tempat yang luka,” kata Alliya Moun-ob, aktivis alam sekitar untuk Greenpeace Thailand kepada AFP.

    “Beberapa buah kertas penyelidikan menunjukkan aktiviti industri menyebabkan peratusan besar PM 2.5, tetapi kami mempunyai data yang sedikit mengenainya.” – AFP

    Keadaan berjerebu akibat pencemaran udara di Bangkok. Pegawai Thailand berjanji untuk bertindak menangani masalah peningkatan pencemaran udara. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda