Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesan pekerja lari daripada majikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua pekerja asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, untuk mengesan dua orang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu, Kurniawati berusia 19 tahun dengan nombor pasport, AU643178, dan Masah berusia 31 tahun dengan nombor pasport, E1005818.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan kedua-dua perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Kurniawati.
    Masah

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda