Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khatam sempena penubuhan ke-25

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Lebih kurang 120 orang ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena meraikan ulang tahun penubuhan masjid berkenaan ke-25, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz, selaku Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    Majlis dimulakan dengan bacaan yang diketuai oleh tetamu kehormat dan seterusnya bacaan Doa Khatam oleh imam masjid tersebut.

    Majlis berkenaan merupakan acara sampingan sempena meraikan ulang tahun penubuhan masjid berkenaan, dengan acara seterusnya iaitu majlis membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran serta penyampaian cenderahati kepada mantan imam masjid berkenaan akan diadakan pada 28 Januari.

    Masjid tersebut mula digunakan pada 28 Januari 1999 dan telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam pada 29 Januari 1999.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar semasa menghadiri majlis khatam yang diadakan di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH: Antara peserta yang menyertai majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda