Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEU, PDI rai Aidilfitri bersama mualaf

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Dalam sama-sama mensyukuri nikmat yang diraikan ini, rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah berkunjung ke Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh bagi sama-sama menunaikan sembahyang Sunat Aidilfitri 1445 hijrah bersama para penduduk Kampung Bebuloh.

    Acara dimulakan dengan sembahyang Sunat Aidilfitri, diimamkan oleh Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Sejurus selepas itu, Khutbah Aidilfitri dibacakan oleh Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada lapan orang penerima yang disempurnakan oleh Haji Abdul Rajid.

    Antara tujuan aktiviti seumpamanya adalah untuk sama-sama memeriahkan dan menghidupkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama mualaf khususnya yang berada di pedalaman di samping mengeratkan silaturahim antara PDI dengan masyarakat di sekitarnya.

    Ia juga merupakan salah satu sarana dakwah dan syiar serta menzahirkan rasa pemedulian pihak kerajaan khususnya PDI, KHEU kepada para mualaf yang berada di kawasan pedalaman.

    Haji Abdul Rajid mengimamkan sembahyang Sunat Aidilfitri bersama para penduduk Kampung Bebuloh. – GAMBAR SERAHAN PDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda