Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Koepka janji belikan adik kereta sports

    KING ABDULLAH ECONOMIC CITY, ARAB SAUDI, 18 OKT – Juara empat kali, Brooks Koepka berjaya memperoleh bayaran terbesar dalam kariernya dengan kemenangan play-off $4 juta menandingi kawan rapatnya, Peter Uihlein dalam jelajah LIV Golf, baru-baru ini.

    Pukulan birdie Koepka di lubang play-off ketiga dalam Jeddah Invitational itu telah menafikan hadiah tempat pertama sebanyak A$5.875 juta buat Uihlein serta A$8 juta untuk tempat kedua.

    Uihlein boleh berpuas hati dengan hadiah kemenangan A$4 juta untuk tempat ketiga dalam musim ini, ditambah dengan A$2.125 juta untuk tempat kedua pada Ahad dan A$750,000 untuk kemenangan dalam acara berpasukan.

    Koepka juga berjaya mendapat A$750,000 untuk kemenangan dalam acara berpasukan. Juara Terbuka AS 2017-2018 dan Kejohanan PGA 2018-2019 itu juga penuh beremosi selepas memenangi kejohanan kali ini.

    “Dua tahun lepas sungguh tidak menyeronokkan, ia adalah satu perjalanan yang panjang,” kata Koepka.

    “Saya tidak tahu jika karier saya sudah berakhir. Saya tidak pasti jika saya akan bermain jadi saya rasa cukup bagus apabila dapat bermain kembali dan menang.”

    Kejohanan yang bernilai A$25 juta di King Abdullah Economic City, di utara Jeddah itu merupakan destinasi pertama jelajah LIV di Arab Saudi dan acara individu terakhir dalam musim pertama ini yang telah memecah-belahkan dunia golf.

    Koepka yang mempunyai masalah kecederaan lutut dan pinggul pada tahun 2021 berkata dia akan menunaikan janji untuk membelikan adiknya dan rakan pasukan, Chase, sebuah kereta sports berwarna hijau jika menang gelaran berkumpulan.

    “Saya beritahu adik saya, saya akan belikan dia sebuah Lambo (Lamborghini) jika kita menang acara berkumpulan ini, jadi sekarang, saya perlu pergi mendapatkan sebuah (kereta),” katanya.

    Kemenangan Koepka kali ni melebihi apa-apa hadiah yang dia dapat daripada kejuaraan-kejuaraan sebelum ini. Dia membawa pulang A$2.16 juta daripada Terbuka AS pada 2017 dan 2018, serta A$1.98 juta daripada setiap kemenang-an kejohanan PGA yang diperolehinya. – AFP

    Reaksi pemain golf Amerika Syarikat, Brooks Koepka (tengah) meraikan kemenangannya di atas podium dalam Jelajah LIV Golf di Kelab Royal Green Golf, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...