Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Sebatan rotan jentik keinsafan dalam diri Fuad

    Pengalaman tiga kali keluar masuk penjara dan dikenakan hukuman enam kali sebatan atas kesalahan dadah menjentik keinsafan dalam diri penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.

    Berkongsi pengalaman hitam itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Bila Rindu mendedahkan kesakitan akibat sebatan sukar digambarkan, manakala kesan luka mengambil masa seminggu untuk pulih.

    “Ketika hukuman penjara kali ketiga, saya dikenakan hukuman enam kali sebatan. Memang sangat sakit ketika sebatan terakhir.

    “Kulit belakang badan saya tersiat ketika rotan terakhir singgah di badan. Mujurlah, ada kawan-kawan dipenjara membantu merawat kesan luka itu.

    “Ambil masa seminggu jugalah untuk pulih. Walaupun tak banyak, tetapi parut akibat sebatan masih ada hingga kini,” katanya kepada BH Online.

    Walaupun pergerakan terbatas dan terpaksa tidur dalam keadaan meniarap, namun, pemilik nama lengkap Mohamed Fuad Abdul Rahman itu berkata, ia bukanlah alasan untuknya mengabaikan perintah Allah.

    “Walaupun dalam keadaan sakit, tetapi saya tetap mengerjakan solat dengan cara biasa. Lagipun, cuma bahagian belakang sahaja cedera, kaki masih okay.

    “Bila memikirkan kesakitan ditanggung akibat kesilapan dan kedegilan diri sendiri membuatkan saya sedar serta nekad untuk berubah menjadi lebih baik,” luah Fuad ketika ditemui selepas menjayakan konsert minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza 9 (GV9) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini. – Agensi

    Fuad kini nekad untuk berubah menjadi lebih baik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...