Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert Coldplay berlangsung secara aman

    Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur berlangsung dengan aman tanpa mencetuskan kontroversi membuktikan kerjasama bersepadu pelbagai pihak mampu menghasilkan sesuatu yang positif.

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, kejayaan konsert kumpulan popular dari Britain itu juga wajar dijadikan contoh bagi memastikan konsert berjalan lancar dan pada masa sama memberi kepuasan kepada penonton.

    “Alhamdulillah, saya lihat kejayaan konsert ini adalah hasil kerjasama baik antara penganjur, artis dan pihak berkuasa.

    “Difahamkan, Coldplay mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sebanyak dua kali dan konsert berlangsung tanpa sebarang isu atau kontroversi.

    “Ini sebenarnya cara terbaik di mana artis, penganjur dan pihak berkuasa dapat bekerjasama dengan erat supaya orang yang menonton dan berpeluang beli tiket mendapat satu pengalaman positif serta baik.

    Dihadiri 85,000 penonton, konsert siri jelajah Coldplay di Kuala Lumpur akan menjadi persembahan terakhir kumpulan terkenal itu pada 2023. – mStar

    “Saya harap hubungan baik penganjur, penyedia lokasi dan artis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya kepada BH Online.

    Sementara itu, mengulas kebarangkalian polemik tercetus sebelum konsert memberi kesan buruk kepada usaha kerajaan menarik lebih ramai artis luar mengadakan konsert di Malaysia, Fahmi optimis perkara itu tidak akan berlaku.

    “Selagi garis panduan jelas, tidak ada pembatalan pada saat akhir sebab ada perkara tidak dibincangkan awal.

    “Saya tak rasa polemik ini memberi kesan. Tapi, saya percaya dengan kejayaan konsert Coldplay membuktikan bila ada dialog sihat, semua pihak faham tanggungjawab, mencari titik temu, saling memahami, berkompromi serta patuh kepada undang-undang, pasti tidak akan timbul sebarang isu.

    “Lagipun, banyak konsert K-Pop datang ke Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa minggu, jadi tak ada masalah,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda