Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Korea S hapus larangan akses TV, akhbar

    SEOUL, 22 JULAI – Korea Selatan merancang untuk menghapuskan larangan akses siaran televisyen, akhbar dan media lainnya dari Korea Utara sebagai usaha negara itu untuk mempromosikan persefahaman antara kedua-dua buah negara bermusuh, menurut pegawai pada hari ini.

    Keputusan itu dibuat meskipun ketegangan yang berlaku baru-baru ini di mana Korea Utara telah melancarkan ujian peluru berpandunya.

    Dibahagikan di sepanjang sempadan yang paling dikawal ketat di dunia sejak 1948, kedua-dua buah negara mengharamkan rakyatnya daripada memasuki wilayah jirannya atau membuat panggilan telefon, menghantar e-mel dan surat, serta telah menyekat akses laman sesawang dan stesen televisyen.

    Dalam laporan dasar presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, hari ini, Kementerian Penyatuan Korea Selatan berkata ia akan secara berperingkat membuka pintunya kepada penyiar, media dan penerbitan Korea Utara dalam usaha untuk meningkatkan persefahaman, mengembalikan identiti Korea dan bersedia untuk penyatuan pada masa hadapan.

    Pegawai kementerian itu berkata Korea Selatan akan mula membenarkan akses kepada penyiaran Korea Utara bagi menggalakkan negara jirannya itu untuk mengambil langkah serupa. Pihak kementerian enggan memberikan butiran lanjut, dengan mengatakan rancangan itu masih dibincangkan dengan pihak berkuasa berkaitan di Korea Selatan.

    Jeon Young-sun, profesor penyelidik dari Universiti Konkuk, Seoul, berkata Korea Utara berkemungkinan besar tidak akan mengambil tindakan yang sama kerana aliran budaya dan kandungan media di Korea Selatan akan ‘mendatangkan ancaman’ kepada kepimpinan pihak berkuasa. – AP

    Gambar bertarikh 14 Oktober 2014 menunjukkan paparan skrin menyiarkan program berita dari sebuah kedai elektronik di Seoul, ketika negara itu cuba membenarkan berita dari Utara memasukinya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...