Friday, January 10, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Selatan siasat jambori pengakap

    SEOUL, 13 OGOS – Agensi audit Korea Selatan dijangka melancarkan pemeriksaan seawal minggu ini terhadap mereka yang bertanggungjawab susulan pengurusan yang lemah ketika World Scout Jamboree 2023.

    Lembaga Audit dan Pemeriksaan (BAI) telah memulakan persiapan untuk memeriksa jawatankuasa penganjur, kerajaan Wilayah Jeolla Utara serta Kementerian Dalam Negeri dan kesaksamaan jantina selepas berakhirnya acara itu kelmarin, lapor agensi berita Yonhap.

    Jambori pengakap yang berlangsung dari 1 hingga 12 Ogos di tapak perkhemahan di Saemangeum, menerima kritikan hebat kerana tidak mempunyai kemudahan untuk menempatkan kira-kira 40,000 peserta dari seluruh dunia semasa gelombang haba pada awal bulan ini.

    Peserta kemudiannya dipindahkan ke pelbagai bandar di seluruh negara bagi menyelamatkan diri dari taufan yang bakal melanda.

    BAI akan mengumumkan pelancaran pemeriksaan sebaik sahaja bilangan pemeriksa ditetapkan.

    Ia dijangka merangkumi aspek bagaimana Saemangeum dipilih sebagai tuan rumah acara itu, bagaimana infrastruktur yang diperlukan dibina, operasi jawatankuasa penganjur dan butiran di mana bajet sebanyak 100 bilion won (AS$75 juta) untuk jambori pengakap itu telah dibelanjakan. – Bernama

    Para pengakap bersedia untuk meninggalkan Jambori Pengakap Sedunia di Buan, Wilayah Jeolla Utara 8 Ogos 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda