Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kotak anak’ sambut anak damit pertama

    BOWLING GREEN, 13 FEB – Kentucky menyaksikan anak damit pertama diserahkan di salah satu lokasi penyerahan ‘kotak anak damit’ yang selamat.

    Pada sidang media baru-baru ini, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Safe Haven Baby Boxes, Monica Kelsey berkata anak damit itu diserahkan dalam masa tujuh hari lalu di lokasi Jabatan Bomba Bowling Green, namun enggan mengulas lanjut.

    Kanak-kanak itu adalah anak ke-24 yang diserahkan di negara di salah satu daripada 130 kotak anak damit yang ditubuhkan oleh pertubuhan di sembilan negeri.

    “Anak ini sihat,” kata Kelsey, menambah pegawai sedang menimbang menempatkan anak tersebut di ‘rumah tetap.’ – AP

    Kotak anak damit Jabatan Bomba Bowling Green di Stesen Bomba 7 di Bowling Green pada 10 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda