Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KPWK tingkat tahap pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah

    KUCHING, 22 NOV – Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan guru prasekolah di negeri tersebut.

    Timbalan Menterinya, Datuk Rosey Yunus berkata pada tahun ini sembilan kursus telah dijalankan melibatkan seramai 800 orang guru.

    “Bagi SeDidik, penyedia pendidikan awal kanak-kanak milik negeri, kementerian telah menetapkan matlamat untuk mencapai 100 peratus daripada 163 guru memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) menjelang 2025.

    “Sehingga Oktober lalu, 93.25 peratus atau 152 guru memiliki sekurang-kurangnya Diploma ECCE. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda