Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krathong digital kurangkan pencemaran

    BANGKOK, 28 NOV – Warna hijau yang subur, kuning telur dan jingga yang lembut berkelip-kelip merentasi laluan air di ibu kota Thailand, Bangkok, apabila unjuran maya persembahan tradisional festival Loy Krathong mengurangkan pembaziran pada acara popular itu.

    Festival tahunan yang disambut kelmarin, menyaksikan berjuta-juta orang memohon pengampunan daripada dewi sungai Khongkha dengan melepaskan hiasan terapung berwarna-warni ke dalam air di seluruh Thailand di bawah bulan purnama.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ahli alam sekitar telah menyuarakan kebimbangan kerana laluan air Bangkok yang sudah sesak semakin tersumbat oleh plastik dan dedaunan ‘krathong’.

    Bagi mengatasi masalah ini, inisiatif Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengambil pendekatan baharu terhadap tradisi berabad-abad lamanya ini.

    Daripada mengapungkan hiasan yang dibina dengan rumit yang merangkumi daun, bunga, plastik, lilin, batang kemenyan dan kadangkala syiling, orang ramai diminta untuk mencipta krathong digital.

    Selepas mewarnakan lukisan krathong di atas kertas, atau pada telefon mereka, lukisan peserta diimbas dan kemudian ditayangkan ke Terusan Ong Ang di bandar itu.

    “Tradisi itu masih kekal. Tetapi kita mesti menyepadukan festival ini, bagi mengurangkan pencemaran terhadap alam semula jadi,” kata salah seoran peserta, Chainarong Tumapha, 27, kepada wartawan. – AFP

    Seorang wanita mengambil gambar krathong digital yang ditayangkan ke Terusan Ong Ang semasa perayaan tahunan Loy Krathong di Bangkok baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda