Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kucing milik Taylor Swift bernilai AS$97 juta

    Haiwan peliharaan penyanyi Tailor Swift iaitu kucing yang diberi nama Olivia Benson dilaporkan bernilai sekitar AS$97 juta atau RM457 juta.

    Menurut mStar yang memetik laporan BBC, nilai bersih kucing milik penyanyi itu dianggarkan jauh lebih tinggi berbanding kekasihnya, Travis Kelce yang merupakan seorang atlet sukan.

    Menerusi laman web cats.com, Olivia yang diberi nama sempena watak Marishka Hargitay dalam siri Law and Order: SVU bernilai AS$97 juta, sementara Travis dianggarkan hanya bernilai AS$40 juta.

    Difahamkan Olivia juga pernah membuat beberapa kemunculan istimewa termasuk muncul dalam iklan televisyen, video muzik Taylor iaitu Blank Space dan Me!.

    Walaupun bernilai jutaan ringgit, BBC mendakwa bahawa kucing milik Taylor itu bukanlah yang paling kaya kerana berada di belakang kedudukan German Sherperd yang bernilai AS$500 juta dan Nala Cat yang mempunyai 4.5 juta pengikut di Instagram.

    Pun begitu, BBC turut mempersoalkan laman web cats.com kerana hanya mengumpul data menerusi akan Instagram untuk menentukan nilai harga haiwan-haiwan peliharaan tersebut. – Agensi

    Taylor memiliki kucing yang bernilai jutaan ringgit. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda