Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1 juta tablet, 33kg heroin dirampas

    YANGON, 23 OKT – Polis Myanmar telah berjaya merampas sebanyak 1.02 juta tablet perangsang dan 33 kilogram heroin di wilayah Sagaing barat Myanmar, menurut kenyataan daripada Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC) pada kelmarin.

    Bertindak atas maklumat, pasukan polis anti-narkotik yang menggeledah sebuah kenderaan di perbandaran Kalay yang terletak di wilayah Sagaing pada 18 Oktober telah berhasil merampas bahan perangsang dan heroin berkenaan, jelas CCDAC lagi.

    Tiga suspek telah dicekup bagi kes berkenaan dan narkotik yang dirampas bernilai lebih 3.69 bilion kyat (kira-kira 1.75 juta dolar AS), katanya.

    Suspek didakwa mengikut Undang-undang Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik Myanmar dan siasatan lanjut masih lagi giat dijalankan, tambahnya lanjut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda