Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1 juta tiket terjual

    AUCKLAND, 19 JULAI – Presiden FIFA, Gianni Infantino menggesa para peminat untuk ‘memanfaatkan peluang’ dengan segera membeli tiket Piala Dunia Wanita, di mana tiket perlawanan pembukaannya masih belum habis terjual menjelang kejohanan tersebut.

    Timbulnya kebimbangan berterusan mengenai jualan tiket di New Zealand, selaku tuan rumah yang akan menyaksikan perlawanan pembukaan esok, apabila mereka bertemu Norway di Eden Park, Auckland yang mampu menampung 50,000 penonton.

    Namun, tiket perlawanan kedua antara Australia dan Republik Ireland pada Khamis di Stadium Australia, Sydney telah pun ‘habis’ dengan kapasiti stadium yang dapat menampung lebih 80,000 penyokong.

    Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura, berkata 1.375 juta tiket telah dijual untuk kejohanan selama sebulan itu, mengatasi angka keseluruhan untuk Piala Dunia Wanita 2019 di Perancis.

    Kejohanan kali ini melibatkan 32 pasukan, berbanding 24 pasukan dalam kejohanan sebelumnya.

    Gianni Infantino bercakap semasa sidang media di Auckland pada 19 Julai, menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia Wanita. – AFP

    Masih terdapat tiket yang boleh didapati melalui laman web rasmi FIFA hari ini untuk hampir semua perlawanan Piala Dunia Wanita, termasuk perlawanan New Zealand menentang Norway dan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

    Infantino memberitahu wartawan di Auckland, “Saya ingin mengingatkan semua peminat sukan agar jangan lepaskan peluang ini. Marilah berbangga dengan pencapaian kejohanan yang akan menjadi acara terbesar dalam sejarah sukan, tidak hanya di New Zealand dan Australia, tetapi di seluruh dunia.”

    Beliau menambah lagi, “Kejohanan ini pasti menjadi satu titik tolak yang besar dalam dunia sukan dan saya berharap awda semua akan menyaksikannya secara langsung untuk merasakan pengalaman yang tiada tandingannya.

    “Walaupun saya merasa agak letih setelah tiba di negara, saya berasa gembira. Saya harap awda semua juga sudah bersedia untuk menikmati perlawanan hebat Piala Dunia Wanita kali ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda