Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 50 rakyat Palestin dibunuh dalam serangan udara di Rafah

    RAFAH, 12 FEB – Pegawai hospital di bandar Rafah di selatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan udara yang mengiringi operasi menyelamat tebusan Israel.

    Dr Marwan al-Hams, pengarah hospital Abu Youssef al-Najjar, berkata pada hari ini yang maut termasuk wanita dan kanak-kanak. Seorang wartawan Associated Press turut mengira mayat yang dibawa ke hospital.

    Tentera rejim Israel berkata ia menyelamatkan dua tebusan yang ditahan di wilayah itu dalam serbuan dramatik yang disokong oleh serangan udara.

    Tentera rejim Israel menyelamatkan dua tebusan dalam serbuan dramatik di bawah tembakan dari Semenanjung Gaza awal hari ini

    Serbuan itu disertai dengan beberapa siri serangan Israel di Rafah, bandar di pinggir selatan Semenanjung Gaza di mana 1.4 juta rakyat Palestin telah melarikan diri daripada pertempuran di tempat lain dalam perang Israel-Hamas. – AP

    Kelihatan penduduk Palestin berjalan di tepi bangunan kediaman yang musnah dalam serangan Israel di Rafah, Semenanjung Gaza, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda