Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leka tonton kriket punca 14 terkorban

    NEW DELHI, 4 MAC – Pemandu kereta api yang terlepas isyarat dan melanggar kereta api lain, membunuh 14 orang, terleka kerana menonton perlawanan kriket pada telefon bimbit, kata menteri kereta api India hari ini.

    Pelanggaran maut di negeri Andhra Pradesh pada Oktober berlaku ketika tuan rumah India menentang England semasa Piala Dunia satu hari.

    “Kes terbaru di Andhra Pradesh ini berlaku kerana kedua-dua pemandu lokomotif dan pembantu pemandu leka dengan perlawanan kriket,” kata Menteri Kereta Api, Ashwini Vaishnaw, lapor agensi berita Press Trust of India.

    “Sekarang kami sedang memasang sistem yang boleh mengesan sebarang gangguan sedemikian dan memastikan pemandu kereta api dan pembantu pemandu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengendalikan kereta api.”

    Beratus-ratus juta peminat di India yang gila kriket menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia, yang dimenangi oleh tuan rumah. – AFP

    Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) menjalankan operasi menyelamat di lokasi nahas kereta api di daerah Vizianagaram di negeri Andhra Pradesh India pada 30 Oktober 2023. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda