Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki AS dipenjara 21 tahun kerana serangan seksual terhadap anak

    MOSCOW, 13 FEB – Mahkamah Moscow hari ini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun kepada seorang warga Amerika berusia 65 tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap anak lelakinya sendiri ketika mereka tinggal di Amerika Syarikat (AS).

    “Mahkamah Savelovsky Moscow menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun kepada warga AS, David Thomas Barnes, dan mendapati dia bersalah melakukan penderaan seksual terhadap anak-anaknya sendiri,” kata mahkamah di media sosial.

    Barnes terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan bekas isteri Rusianya mengenai hak penjagaan kedua-dua anak lelakinya.

    Pendakwa raya Rusia menuduhnya melakukan penderaan seksual terhadap kedua-dua anak lelakinya antara 2014 dan 2018 ketika mereka tinggal di Texas dan kedua-duanya berumur kurang daripada enam tahun.

    Lelaki itu ditahan di Moscow pada Januari 2022, beberapa minggu sebelum serangan Rusia di Ukraine.

    Agensi berita Rusia berkata, bekas isteri Barnes menuduhnya melakukan penderaan seksual terhadap kedua-dua anak lelaki mereka beberapa tahun lalu ketika tinggal di AS. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda