Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki bersenjata bunuh 9 orang di Iran

    TEHRAN, 28 JAN – Lelaki bersenjata yang tidak dikenali kelmarin telah menembak mati sembilan orang di bahagian tenggara Iran yang bersempadan dengan Pakistan, kata laporan media.

    Laporan oleh agensi berita separuh rasmi, Mehr berkata, tembakan berlaku di sebuah rumah berhampiran bandar Saravan, di wilayah Sistan dan Baluchestan Iran. Ia menambah bahawa mangsa bukan warga Iran.

    Tiada saluran berita rasmi melaporkan mengenai tembakan itu dan tiada kumpulan yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

    HalVash, kumpulan advokasi bagi masyarakat Baluch, berkongsi gambar dalam talian yang kelihatan seperti mayat mangsa dan berkata tiga orang lagi cedera. Ia berkata mereka adalah warga Pakistan dan mengenal pasti empat daripada mereka, mengatakan semua mangsa adalah pekerja di sebuah kedai membaiki kereta.

    Minggu lalu, Pakistan melancarkan serangan balas di kawasan yang sama, didakwa menyasarkan tempat persembunyian militan, serangan yang membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang. Serangan itu susulan serangan Iran pada Selasa ke atas tanah Pakistan yang mengorbankan dua kanak-kanak di wilayah Baluchistan barat daya.

    Serangan tit-for-tat kelihatan menyasarkan dua kumpulan militan, Baluch dengan matlamat pemisah yang sama di kedua-dua belah sempadan Iran-Pakistan. Kedua-dua negara menuduh antara satu sama lain menyediakan tempat selamat kepada kumpulan di wilayah masing-masing.

    Pada Jumaat, laporan media mengatakan bahawa duta kedua-dua negara menyambung semula aktiviti di ibu negara masing-masing yang terbiar berikutan serangan itu. – AP

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda