Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki dipenjara, disebat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 43 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan berserta tiga kali sebatan pada Khamis lepas selepas dia mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini selama 402 hari sejak pas kerjanya tamat tempoh.

    Md Aminur Rahman ditahan di sebuah kebun di Kampung Masin pada pukul 1:43 pagi 12 Januari lalu dalam operasi yang dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa imigresen.

    Pendakwa Imigresen Adi Yusra Adanan seterusnya mendedahkan, siasatan mendapati fakta bahawa defendan telah datang ke Brunei untuk bekerja secara sah, bagaimanapun, dia telah dilaporkan melarikan diri daripada majikannya. Majistret Harnita Zelda Skinner juga mendengar bahawa pas kerja defendan telah dibatalkan oleh majikannya dan defendan tidak menaiki penerbangan pulang sebelum 6 Disember 2021.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda