Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditahan bawa barang kawalan dalam bot kargo

    TAWAU, 28 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang lelaki tempatan selepas didapati membawa barang kawalan seperti gula pasir dan minyak masak tanpa permit sah di dalam bot kargo dikendalikannya, semalam.

    Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada 10 pagi di kedudukan 1.5 batu nautika utara Sungai Pukol di sini menerusi Op Pluto Timur dan Op Tiris.

    Beliau berkata bot berkenaan yang keluar dari kawasan perairan Tanjung Batu menuju ke Pulau Sebatik dikesan dalam keadaan mencurigakan.

    “Pemeriksaan menyeluruh mendapati bot itu membawa muatan 48 kilogram (kg) gula pasir paket, 34kg minyak masak paket, dua tong gas memasak dan tiga gelen minyak petrol dengan anggaran 90 liter tanpa sebarang permit yang sah,” katanya dalam kenyataan hari
    ini.

    Menurutnya, bot serta barang kawalan bernilai RM24,000 itu dirampas dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. – Bernama

    Kapten Maritim Shahrizan Raman ketika ditemui selepas Operasi Khas Maritim di perairan Selat Dinding di Pulau Pangkor dan Bagan Datuk pada 24 September 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda