Friday, November 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki sakit dibawa ke bank bersama katil hospital untuk sahkan identiti

    SHANDONG, 7 NOV – Seorang lelaki Cina yang sakit tenat dibawa ke cawangan bank tempatan bersama katil hospital oleh keluarganya untuk mengesahkan identitinya bagi transaksi wang.

    Memetik laporan Oddity Central, sebuah video yang tersebar di media sosial China menunjukkan seorang wanita bergelut untuk menolak katil hospital lelaki itu ke sebuah bank di Wilayah Shandong, selepas dimaklumkan bahawa satu-satunya cara untuk mengakses akaunnya adalah dengan mengesahkan identiti secara peribadi.

    Walaupun keluarga itu menerangkan kepada pengurus bank bahawa pemegang akaun sedang dirawat kerana masalah kesihatan yang serius, mereka diberitahu bahawa satu-satunya cara untuk mengakses akaun adalah dengan membawanya ke bank secara langsung.

    Lelaki itu terlalu sakit untuk bergerak sendiri, namun bukti mengenai kemasukan-nya ke hospital tidak meyakinkan staf bank, menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan untuk membawanya ke sana bagi pengesahan identiti.

    Bank di Shandong memberitahu keluarga itu bahawa mereka boleh membawa pemegang akaun menggunakan ambulans, tetapi hospital dengan jelas memberitahu mereka bahawa ambulans mereka hanya untuk kecemasan kesihatan, dan mereka pasti tidak mampu untuk menyewa ambulans persendirian.

    Jadi, satu-satunya penyelesaian yang ada adalah dengan menolak katil hospital tempat lelaki itu berbaring ke bank.

    Keluarga lelaki yang sakit itu dilaporkan memerlukan wang untuk membayar rawatannya, tetapi secara ironinya, satu-satunya cara untuk mengakses wang itu adalah dengan membahayakan nyawanya dengan membawa beliau keluar dari hospital. – Agensi

    Seorang wanita muda menolak katil hospital dengan lelaki yang sakit tersebut berbaring di atasnya di sebuah bank di Wilayah Shandong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda