Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Life Insurance mula disenaraikan dalam IPO terbesar di India

    NEW DELHI, 4 MEI – Satu tawaran awam (IPO) yang dinanti-nantikan untuk Life Insurance Corp milik kerajaan India bermula minggu ini dengan pelabur runcit dibenarkan melanggan sahamnya mulai hari ini.

    IPO tersebut, dijangka mengumpul sehingga AS$2.74 bilion, adalah yang terbesar di India.
    Penyenaraian separanya merupakan sebahagian daripada rancangan Perdana Menteri Narendra Modi untuk menswastakan beberapa industri dan menambah perbendaharaan negara, dan penganalisis menjangkakan minat yang besar, terutamanya daripada pelabur kali pertama.

    Tawaran dikurangkan kepada 3.5 peratus daripada skuiti syarikat daripada 5 peratus berdasarkan ketidakpastian yang membelenggu pasaran global seperti peperangan di Ukraine dan trend ke atas kenaikan kadar faedah untuk memerangi inflasi, yang telah mendorong harga saham merosot di kebanyakan pasaran.

    Kerajaan India juga mengurangkan tawaran saham dari Mac hingga Mei, mengambil kira keadaan pasaran.

    Nama syarikat yang terkenal di India, Life Insurance Corp, adalah firma insurans kelima terbesar dunia dari segi perniagaan dan pendapatan premium dan terbentuk hasil daripada gabungan 245 syarikat insurans swasta pada 1956.

    S. R. Srinivasan, penasihat pelaburan, berkata syarikat merupakan salah satu jenama paling dipercayai di India.

    “Maka ia mempunyai lebih daripada 60 peratus saham pasaran – yang merupakan sesuatu yang luar biasa. Tidak banyak tempat di dunia di mana awda mendapat 60 peratus daripada pelabur saham pasaran,” katanya.

    Syarikat insurans itu berkata ia mengumpul AS$731 juta dalam tawaran kepada pelabur utama pada awal minggu ini, lapor agensi berita Press Trust of India.

    Tawaran awam berakhir pada Isnin dan saham syarikat dijangka mula diniagakan pada 17 Mei. – AP

    Pengerusi Life Insurance Mangalam Ramasubramanian Kumar (tengah) berjabat tangan dengan Setiausaha Jabatan Pelaburan dan Pengurusan Aset Awam , Tuhin Kanta Pandey pada sidang media mengumumkan tawaran awam di Mumbai, India pada 27 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...