Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    ABDB bantu operasi padam kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah melancarkan operasi memadam kebakaran dari udara dalam usaha membantu menangani kebakaran hutan di Kampung Rimba yang berlaku sejak 3 Mei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini, semasa operasi itu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengerahkan helikopter S70i Blackhawk bagi menjalankan water bombing di kawasan yang sukar dicapai melalui laluan darat bagi mengawal merebaknya kebakaran hutan berkenaan.

    Operasi memadam kebakaran udara itu diselaraskan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    Walaupun ketika negara sedang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, ABDB dan agensi kerajaan lain tetap bersedia untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka untuk berkhidmat dan menjaga keamanan negara.

    Keadaan hutan Kampung Rimba selepas kebakaran berkenaan. – Gambar serahan JBP
    Helikopter ketika membawa air bagi membantu memadam kebakaran hutan di Kampung Rimba. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...