Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ketua EU gesa import minyak Rusia dihentikan

    STRASBOURG, PERANCIS, 4 MEI – Ketua Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen berkata hari ini EU akan mengenakan pengharaman minyak secara berperingkat-peringkat ke atas Rusia, ketika Brussels melancarkan sekatan baharu untuk menghukum Rusia kerana menyerang Ukraine.

    “Kami akan memastikan kami menghentikan secara berperingkat-peringkat minyak Rusia,” beritahu ketua EU pada sesi Parlimen Eropah di Strasbourg.

    “Itulah sebabnya kenapa kami akan menghentikan bekalan minyak mentah Rusia secara berperingkat-peringkat dalam masa enam bulan dan produk penapis pada akhir tahun ini,” tambah beliau.

    Dalam dokumen yang diperoleh AFP, cadangan von der Leyen menggesa Hungary dan Slovakia, negara yang amat bergantung pada minyak Rusia, supaya diberikan lebih masa untuk memenuhi larangan itu.

    Duta dari 27 negara Kesatuan Eropah akan bertemu hari ini untuk menilai pelan beliau, dan ia memerlukan kelulusan sebulat suara sebelum boleh dikuatkuasakan.

    Von der Leyen juga berkata EU akan meminta negara anggota supaya bersetuju untuk menolak Sberbank, bank terbesar Rusia, untuk mengakses kepada SWIFT, sistem komunikasi perbankan global.

    Dengan menyekat Sberbank dan dua bank lain, ‘kami menyasarkan bank yang penting kepada sistem kewangan Rusia dan keupayaan Putin untuk melancarkan kemusnahan,” kata beliau. – AFP

    Ursula von der Leyen semasa menyampaikan ucapan di Parlimen Eropah di Strasbourg, timur Perancis kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...