Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima ditembak di AS

    NEW ORLEANS, 20 FEB – Lima mangsa termasuk seorang remaja perempuan ditembak ketika perarakan sambutan Mardi Gras di New Orleans, kata polis, dengan seorang suspek telah ditahan.

    Mangsa lain termasuk seorang wanita dan tiga lelaki, yang kesemuanya dibawa ke hospital selepas kejadian tembakan malam kelmarin semasa perarakan Krewe of Bacchus.

    Seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal, menurut Ketua Timbalan Hans Ganthier, tetapi dia tidak menyatakan mangsa yang mana, lapor WWL-TV.

    Seorang ditahan di lokasi kejadian, kata polis.

    “Kami dapat menahan suspek dengan serta-merta yang kami percaya bertanggungjawab untuk kes itu,” kata Ganthier.

    Dua senjata api ditemui, katanya, tetapi dia tidak pasti sama ada terdapat orang lain yang terlibat.

    “Ini sebenarnya bukan sesuatu yang kami mahu lihat. Kami benar-benar mahu sambutan Mardi Gras menjadi acara yang selamat,” kata Ganthier. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda