Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool tewaskan Newcastle, duduki empat teratas liga

    NEWCASTLE, ENGLAND, 19 FEB – Liverpool menang 2-0 ke atas Newcastle yang beraksi dengan hanya 10 pemain dan meningkatkan usahanya untuk menduduki tempat empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris kelmarin.

    Keputusan itu menamatkan rentetan 17 perlawanan tanpa kalah Newcastle dalam liga dan hanya memberikan pasukan Eddie Howe kekalahan kedua musim ini – kedua-duanya semasa menentang Liverpool.

    Liverpool yang menguasai perlawanan sudah mendahului dua gol pada masa penjaga gol Newcastle, Nick Pope dibuang padang pada minit ke-22 kerana dilayangkan kad merah selepas mengendalikan bola di luar kawasan.

    Darwin Nunez seterusnya membuka jaringan minit ke-10 selepas Trent Alexander-Arnold menghantar bola melepasi bahagian atas pertahanan kepada penyerang Uruguay itu, yang berjaya mengawal dengan bantuan dadanya sebelum merembat melepasi Pope.

    Mohamed Salah kemudian menyasarkan Gakpo tujuh minit kemudian dan pemain antarabangsa Belanda itu berjaya menggandakan jaringan. Gakpo, yang menyertai PSV Eindhoven pada Januari, menjaringkan gol pertama Liverpool pada Isnin dalam kemenangan 2-0 ke atas Everton.

    Keadaan menjadi lebih buruk untuk Newcastle apabila Pope bergegas keluar untuk menerima bola hasil sepakan daripada penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dan mencuba tandukan terjun untuk menghalang Salah daripada melepasi gawang. Pope mengucar-ngacirkan percubaannya, dan kemudian merampas bola dengan tangannya dalam apa yang kelihatan seperti refleks yang tidak disengajakan.

    Newcastle mempunyai peluang terbaik untuk kembali dalam permainan apabila Anthony Gordon mengetuai serangan balas dan mengumpan Callum Wilson, yang mana rembatan rendahnya diselamatkan oleh Alisson.

    Kad merah Pope bermakna dia akan digantung perlawanan akhir Piala Liga menentang Manchester United pada hujung minggu depan, manakala Joelinton juga mengalami masalah hamstring.

    Sejurus sebelum perlawanan, stadium tersebut senyap seketika untuk menghormati bekas penyerang Newcastle, Christian Atsu, yang terkorban dalam gempa bumi di Turki pada usia 31 tahun. – AFP

    Mohamed Salah semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Everton di stadium Anfield di Liverpool, England, 13 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda